Tiga belas daripada 21 orang Mesir beragama kritstian koptik disembelih militan ISIS seperti ikan paus ditepi pantai di dalam sebuah vid...

7:43 PM by Unknown


Tiga belas daripada 21 orang Mesir beragama kritstian koptik disembelih militan ISIS seperti ikan paus ditepi pantai di dalam sebuah video yang di penghujungnya mereka menunjukkan visual air laut dipenuhi darah. Ahli keluarga Koptik Mesir yang dibunuh di Libya berkabung di rumah mereka di kediaman mereka di kampung al-Our, Minya yang terletak di selatan Kaherah semalam. – Gambar Al Jazeera

Kaherah: Pesawat tentera Mesir menyerang beberapa kedudukan militan Negara Islam (IS) di Libya semalam, beberapa jam selepas kumpulan berkenaan menyiarkan satu rakaman video kejam yang memaparkan sejumlah tahanan warga Mesir beragama Kristian dipenggal selepas beberapa minggu dijadikan tebusan.

Seorang jurucakap tentera Mesir mengumumkan serangan berkenaan di stesen radio negara itu yang menandakan kali pertama Kaherah secara terbuka mengakui mengambil tindakan ketenteraan di negara jirannya, Libya.

Libya kini dijadikan lokasi aktiviti keganasan yang mengancam kedua-dua negara berjiran itu selepas kumpulan pengganas mengeksploitasikan keadaan hura-hara di negara berkenaan kesan kebangkitan rakyat yang menyebabkan bekas diktator, Muammar Gaddafi digulingkan pada 2011.

Jurucakap itu berkata, beberapa pesawat pejuang Mesir menyerang lokasi simpanan senjata dan kem latihan pengganas di Libya sebelum pulang dengan selamat ke pangkalan.

Katanya, ‘serangan intensif’ itu sebagai membalas dendam terhadap kematian tebusan warga Mesir itu dan sebagai balasan kepada pembunuh mereka.

| al-jazeera.com |