BUKIT MERTAJAM, 24 Februari: Akibat dendam, dua beranak nyaris maut selepas terkena tembakan dalam kejadian di persimpangan lampu isyara...

6:53 PM by Unknown
BUKIT MERTAJAM, 24 Februari: Akibat dendam, dua beranak nyaris maut selepas terkena tembakan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Bang Kheng berhampiran Taman Kota Permai, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, mangsa, 21 tahun bersama ibunya, 43 tahun dalam perjalanan pulang selepas menghadiri perbicaraan di Mahkamah Bukit Mertajam membabitkan kes dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mazlan Kesah berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta dihampiri empat lelaki menunggang dua motosikal sebelum melepaskan tembakan ke arah kereta.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemui enam kesan peluru di bahagian kiri dan empat lagi di kanan kenderaan.

“Mangsa lelaki cedera di dada kiri sementara ibunya cedera di leher dan lengan kiri,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mazlan berkata, kejadian dipercayai bermotifkan dendam dan semakan mendapati mangsa yang juga pemandu kereta mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

therakyatpost.com