Satu siri manga yang memaparkan kehidupan Islam bakal diterbitkan di Jepun. Keluaran terbaharu produksi  East Press  itu adalah se...

1:25 PM by Unknown



Satu siri manga yang memaparkan kehidupan Islam bakal diterbitkan di Jepun. Keluaran terbaharu produksi East Press itu adalah sebahagian daripada koleksi siri ‘Manga de Dokuha’.
Sebelum ini, siri-siri terdahulu ‘Manga de Dokuha’ diterbitkan bertujuan untuk menerangkan kepentingan karya sastera klasik yang sebelum ini tidak dipedulikan para peminat manga.
Menurut jurucakap rasmi syarikat penerbitan itu, pengetahuan rakyat negara Jepun mengenai agama Islam adalah sangat terhad dan seringkali hanya tertumpu pada apa yang dilihat menerusi kaca televisyen sahaja.

“Apa yang dilihat dalam berita seringkali memaparkan keganasan. Ia membuatkan orang tertanya apakah sebenarnya pegangan hidup umat Islam?” ujarnya.
Karya terbaharu ‘Manga de Dokuha itu akan mengunakan kitab suci Al-Quran sebagai asas pedoman jalan cerita, sekaligus dapat membuka pandangan orang ramai mengenai kebenaran kehidupan seorang Muslim.
“Karya ini dapat membantu para penggemar manga dan anime supaya lebih memahami komuniti Islam moden,” terangnya lagi.
Sumber: MYLAUNCHPAD | Wanista.com