Jika sebelum ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus dalam kalangan golongan rem...

1:09 PM by Unknown
Jika sebelum ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus dalam kalangan golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Malah, Ketua Penguatkuasaan Syariah, Mokhtar Salleh berkata antara tumpuan penguatkuasaan termasuk ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan mahram, wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.
Nampaknya kata-kata itu telah dikotakan dan menjadi kenyataan selepas tersebar surat saman dilaman sosial yang menunjukkan wanita berpakaian seksi ditempat awam telah di saman. Mereka yang berpakaian kurang sopan ini disaman dibawah seksyen 35 enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Trengganu) 2001.
saman siakapkeli
Sebelum ini, Ketua Penguatkuasaan Syariah, Mokhtar Salleh, mengingatkan golongan wanita Islam di negeri ini agar tidak mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara selama enam bulan.