Gambar hiasan Seorang banduan warga asing hilang dari penjara dipercayai melarikan diri ketika sedang membuat kerja-kerja pembersihan ...

9:01 PM by Unknown
Gambar hiasan

Seorang banduan warga asing hilang dari penjara dipercayai melarikan diri ketika sedang membuat kerja-kerja pembersihan di luar tembok kawasan itu kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan sumber dari Jabatan Penjara Kluang berkata kejadian itu berlaku ketika banduan tersebut sedang membuka khemah selepas jabatan itu mengadakan hari terbuka penjara sempena Tahun Baru Cina, semalam.

“Ketika berehat, dia dipercayai menyusup keluar dari kawasan Kompleks Penjara Kluang dan hanya disedari sebaik kerja-kerja pembersihan selesai.

“Banduan terbabit adalah warganegara Indonesia berumur sekitar 33 tahun dengan ketinggian lebih kurang 157 sentimeter dan berkulit gelap,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sumber itu juga turut menyatakan usaha mengesan dan mencari banduan tersebut sedang giat diadakan di sekitar kawasan Penjara Kluang dan kawasan penempatan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya akan menjalankan operasi pencarian serta sekatan bagi menjejaki banduan tersebut.

“Kepada orang ramai yang mengetahui maklumat atau terserempak dengan banduan yang memakai pakaian berwarna hijau boleh terus menghubungi pihak kami dengan segera,” katanya.


therakyatpost.com | Sumber: SinarHarian.com.my