Bangkok: Polis menahan tiga orang di sini semalam selepas mereka mengadakan perhimpunan kecil untuk ‘bertukar-tukar pendapat’ dengan kera...

3:13 PM by Unknown
Bangkok: Polis menahan tiga orang di sini semalam selepas mereka mengadakan perhimpunan kecil untuk ‘bertukar-tukar pendapat’ dengan kerajaan junta negara itu.

Tentera Thai melarang keras perhimpunan awam sejak memerintah selepas rampasan kuasa Mei tahun lalu. Lebih 300 orang termasuk aktivis, ahli politik dan wartawan ditahan bagi membuktikan pendiriannya itu sebelum ini.

Dalam kejadian terbaru, saksi berkata ketua kumpulan terdiri daripada empat orang itu, Akkarakit Noonchan dibawa pergi oleh anggota polis berpakaian preman tidak lama selepas acara bermula di tugu peringatan Victory di Bangkok.

Akkarakit berkata, kumpulan yang dinamakan Serichon Thailand 58 tidak bermaksud menjadikan acara berkenaan sebagai satu bantahan.

Terdahulu, mereka menunjukkan kemeja-T memaparkan burung dengan paruh dan kukunya diikat sambil diperhatikan puluhan polis berpakaian preman.

Jurucakap Leftenan Kolonel Wichai Daengpradab berkata, Akkarakit, 47, dan dua yang lain ditahan beberapa jam oleh tentera untuk ‘pemulihan sikap’ sebelum diserahkan kepada polis dan didakwa atas tuduhan mengganggu ketenteraman. - Reuters 

| Artikal Dari HarianMetro