Air beras telah diketahui kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit dan rambut. Butir beras dan juga air daripada beras ka...

9:15 PM by Unknown

Air beras telah diketahui kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit dan rambut. Butir beras dan juga air daripada beras kaya dengan pelbagai zat dan vitamin yang berguna sebagai anti-oksidan, anti-inflamasi, dan membantu untuk mencantikkan kulit wajah.
Merawat kulit bermasalah dengan menggunakan air beras adalah sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan, yang sebenarnya adalah murah dan efektif. Air beras sesuai untuk semua jenis kulit wajah, tidak kira anda mempunyai masalah kulit kering atau berjerawat sekalipun. Yang mudahnya adalah, air beras boleh digabungkan dengan rutin penjagaan wajah anda yang biasa.
Anda boleh menggunakan air beras sebagai toner wajah, mask wajah mahupun sebagai bahan rawatan rambut. Apa yang lebih menarik mengenai air beras adalah anda dapat melihat kesannya setelah penggunaan.
Jom tengok beberapa manfaat air beras untuk kulit wajah:
  1. Melindungi kulit
  2. Mencerahkan kulit
  3. Melembutkan kulit
  4. Membantu pertumbuhan sel kulit baharu
  5. Tinggi dengan anti-oksidan
  6. Mengawal pigmentasi
Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita sama-sama amalkan rutin penjagaan wajah dengan menggunakan air beras! Selain bagus untuk kulit wajah, kita juga dapat mengelakkan pembaziran air beras yang kebiasaannya akan dibuang begitu sahaja.
| Wanista.com | By: Ayu Nadirah