Diana Rikasari merupakan penulis buku paling laris buat masa kini, bertajuk ’88 LOVE LIFE’ yang diinspirasikan daripada pengalaman hidu...

9:25 PM by Unknown

Diana Rikasari merupakan penulis buku paling laris buat masa kini, bertajuk ’88 LOVE LIFE’ yang diinspirasikan daripada pengalaman hidup dan cinta beliau sendiri.
1111_zps1627340c
Diana yang juga sangat meminati fesyen, menghargai seni dan melihat seni dalam pakaian, kasut, beg dan aksesori. Beliau memecahkan sempadan apabila menyentuh soal berfesyen — sukakan kelainan dan padanan yang menarik dan stailo dalam penggayaan pakaian, kasut, beg dan aksesori walau ke mana sahaja beliau pergi.
Aktif dalam dunia blog sejak 2007, Diana telah memenangi beberapa anugerah blog dan telah menjadi penceramah awam di pelbagai seminar dan bengkel. Pada tahun 2011 dan 2012, blog beliau, http://dianarikasari.blogspot.com/ berada pada kedudukan pertama dalam IndonesiaMatters.com, sebagai blog yang paling kerap dilawati di Indonesia dalam semua kategori blog. Dengan pencapaian tersebut, Diana telah dilantik sebagai duta jenama bagi pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, seperti fesyen, kecantikan dan produk telekomunikasi.
Melangkah ke hadapan, Diana kini mengeluarkan jenama kasutnya sendiri, Up yang bertujuan untuk menjadi jenama terkemuka dalam pasaran kasut wanita.
Jom lihat beberapa inspirasi fesyen Diana yang cukup menarik dan stailo!







| Wanista.com | By :