Microsoft dengan Windows 10 menyediakan pelbagai kejutan untuk para pengguna. Sesetengah fungsi telah pun diperlihatkan oleh Microsoft sebe...

9:27 PM by Unknown
Microsoft dengan Windows 10 menyediakan pelbagai kejutan untuk para pengguna. Sesetengah fungsi telah pun diperlihatkan oleh Microsoft sebelum ini, dan kini, melalui sebuah video yang hadir ke arena web, ia memperlihatkan fungsi People Sense yang turut bakal disertakan pada Windows Phone tidak lama lagi.
People Sense
Melalui aplikasi People Sense ini, Microsoft ingin memudahkan pengguna untuk berkongsi lokasi semasa mereka dalam bentuk masa-nyata bersama-sama rakan lain. People Sense ini dilihat menggunakan nama kod Buddy Aware buat masa ini, dan akan membolehkan anda menetapkan dengan siapa anda ingin kongsikan lokasi, selain turut mengintegrasikan sokongan daripada aplikasi lain.
People Sense ini turut mengintegrasikan sokongan popular lain, termasuk permesejan, panggilan suara, navigasi dan beberapa fungsi untuk memudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan lain dalam senarai buku alamat anda.
Aplikasi ini boleh dikatakan masih lagi dalam peringkat pembangunan buat masa ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai sokongan sosial daripada Microsoft ini tidak lama lagi.