New Balance Tak Sensitif, Letak Kasut Kulit Babi Di Rak Depan? | PENGGUNA akaun Facebook dikenali sebagai Norhafiz Dellas meluahkan kek...

9:43 PM by Unknown
Kontroversi Kasut Mengandungi Kulit Babi New Balance

New Balance Tak Sensitif, Letak Kasut Kulit Babi Di Rak Depan? | PENGGUNA akaun Facebook dikenali sebagai Norhafiz Dellas meluahkan kekesalannya mengenai sebuah premis menjual pakaian dan kasut jenama antarabangsa, New Balance di pusat beli-belah Queensbay Mall di Pulau Pinang, yang disifatkannya tidak sensitif terhadap umat Islam.

Ia susulan tindakan mereka meletakkan kasut yang diperbuat daripada kulit babi di bahagian paling hadapan premis.

Kasut Mengandungi Kulit Babi New Balance

Menurutnya, dengan tag diskaun 50 peratus, pihak premis seolah-olah sengaja mahu menarik perhatian pelanggan Islam untuk terus menyentuh kasut tersebut.

Norhafiz juga memberitahu keluarganya terpaksa menyamak tangan mereka selepas terpegang kasut itu kerana tidak menyedari notis ‘kulit babi’ yang diletakkan di bahagian belakang kasut.

Kasut Original New Balance Mengandungi Kulit Babi

Justeru, dia meminta agar orang ramai berhati-hati ketika mengunjungi premis tersebut agar tidak terkena perkara sama.

Secara logiknya, memang pelanggan akan tertarik untuk melihat kasut yang berada di kawasan paling hadapan premis apatah lagi diletakkan tag diskaun menarik.

Kasut Original New Balance Mengandungi Kulit Babi

Sepatutnya kasut berasaskan kulit babi diletak di bahagian rak belakang atau diasingkan daripada kasut lain dengan notis besar dan jelas agar tidak mengelirukan pelanggan khususnya umat Islam.

Pihak New Balance sewajarnya memberikan penjelasan berhubung kejadian ini dan memastikan ia tidak berulang. 


Update: Hasil tinjauan kami, premis New Balance yang terletak di Sunway juga meletakkan kasut New Balance yang mengandungi kulit babi di bahagian hadapan. Jadi, anda semua dinasihatkan jangan mendekati premis itu kerana mengikut pengamatan kami, kasut original New Balance mengandungi kulit babi.

| ArtikalDari: mazeermohamad.com |