KUALA LUMPUR – Selepas mendakwa Malaysia telah mencuri beberapa produk kebudayaan serumpun seperti batik, rendang, tarian Ngajat, lagu Ra...

7:02 PM by Unknown

KUALA LUMPUR – Selepas mendakwa Malaysia telah mencuri beberapa produk kebudayaan serumpun seperti batik, rendang, tarian Ngajat, lagu Rasa Sayang dan wayang kulit, pihak Indonesia kini menuntut supaya kerajaan Malaysia tidak menjadikan kuih popia sebagai masakan warisan negara ini.

Tuntutan tersebut dilakukan oleh sekumpulan aktivis dari Indonesia yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) yang mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memaklumkan kejadian tersebut menerusi melalui Twitter dan Facebooknya dengan memuatkan beberapa keping gambar dan pautan daripada portal berita dari Indonesia, skalanews.com mengenai kejadian yang melibatkan puluhan aktivis dari pertubuhan tersebut.

Aktivis Indonesia mengadakan demonstrasi bagi mengingatkan Malaysia supaya tidak menjadikan kuih popia sebagai makanan warisan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.
Memetik kenyataan daripada portal itu, Penyelaras Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo berkata, popia atau lumpia merupakan makanan khusus dari Semarang.

“Formasbudi mengambil langkah ini supaya nanti popia Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia. Pada 17 Oktober 2014, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan telah menetapkan Lumpia Semarang sebagai warisan budaya nasional,” katanya.

Rahmulyo mendakwa, Lumpia diasaskan oleh Tjoa Thay Joe, seorang lelaki keturunan Cina yang menetap di Semarang, yang kemudian telah bernikah dengan seorang wanita tempatan bernama Mbok Wasi pada tahun 1870.

| KosmoOnline |