Foto Sekadar Illustrasi  Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menawarkan...

8:03 PM by Unknown
Foto Sekadar Illustrasi 

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma dari 7 hingga 14 Febuari ini kepada pemilik kenderaan persendirian di semua 55 cawangannya.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata, pemeriksaan itu lebih tertumpu kepada aspek keselamatan kenderaan seperti kecekapan sistem brek, gelincir sisi, suspensi dan cengkaman tayar.

"Dengan menjalani pemeriksaan ini, pemilik kenderaan akan lebih dulu mengetahui tahap keselamatan kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan atau menghantarnya untuk penyenggaraan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkhidmatan itu bermula 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, mengikut waktu operasi setiap cawangan.

Orang ramai boleh membuat janji temu dengan menghubungi cawangan Puspakom berdekatan atau menghubungi talian bebas tol 1800-88-6927 untuk maklumat lanjut.

Kempen sama tahun lepas menyaksikan kira-kira 4,000 kenderaan persendirian diperiksa. - Bernama


| Sumber Kosmo |