Masih tidak terlambat bagi Asus mengambil kesempatan sempena tahun baharu ini untuk memperkenalkan produk terbaharunya yang memberi kelai...

6:13 PM by Unknown

Masih tidak terlambat bagi Asus mengambil kesempatan sempena tahun baharu ini untuk memperkenalkan produk terbaharunya yang memberi kelainan termasuk dari segi penampilan gaya yang lebih segar, harga berbaloi namun dalam masa sama memenuhi permintaan pelanggan.

Asus yang hadir dengan produk terbaharunya, ZenFone C dianggap sebagai satu aksesori pelengkap gaya yang tidak boleh dilepaskan. Dilengkapi kamera utama 5 megapiksel (MP) untuk merakam gambar-gambar menarik dan keriangan berselfie yang pastinya memberikan hasil seolah-olah gambar tersebut dirakam oleh jurugambar profesional.

Telefon bimbit pintar ini juga dilengkapi dengan ikon yang lebih mudah, tema dan animasi yang lebih variasi pastinya memberi gaya lebih segar kepada pemiliknya.

Dengan rekaan yang nipis dan seberat 149 gram, ia adalah satu pilihan yang tepat untuk golongan muda khususnya yang ingin memenuhi keperluan hidup dalam dunia teknologi kini.

Sementara itu, Fonepad 7 yang juga merupakan antara produk terbaharu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik dalam revolusi gajet dunia walaupun hadir dengan saiz sebesar tapak tangan.

Menariknya, gajet itu turut dilengkapi mode lampu rendah yang memberi gambaran imej yang lebih tajam dan jelas walaupun dirakam pada cahaya malap.

Turut dilengkapi dengan dual sim lebih memudahkan urusan melancong atau lawatan perniagaan yang membolehkan pengguna tetap sentiasa berhubung walaupun di mana-mana sahaja.

SPESIFIKASI ZenFone C
PROSESOR: Intel Atom Multi Core Z2520 (1.2GHz)
SISTEM OPERASI: Android 4.4 KitKat ASUS ZenUl
PAPARAN: 4.5 inci (480X854)
KAMERA HADAPAN: 0.3MP
KAMERA BELAKANG: 5MP
BATERI: 2100mAh
SAIZ: 136.5X67X10.9mm
BERAT: 149g
WARNA: Hitam, Putih dan Merah
HARGA: RM349

SPESIFIKASI Fonepad 7
PROSESOR: Intel Atom Multi Core Z2520 (1.2GHz) dengan teknologi intel hyper Threading
SISTEM OPERASI: Android 4.4 KitKat ASUS ZenUl
PAPARAN: 7 inci (1024X600)
KAMERA HADAPAN: 2MP
KAMAERA BELAKANG: 8MP
BATERI: 15Wh (11.5 jam)
SAIZ: 110.6 x 196 x 7.9 mm
BERAT: 280 gram (g)
WARNA: Hitam, putih, emas dan merah
HARGA: RM529