Ketuat tidaklah berbahaya kepada kesihatan seseorang. Namun ketuat boleh berpindah ke orang lain jika berkongsi pakaian. Bukan itu sahaja...

6:05 PM by Unknown

Ketuat tidaklah berbahaya kepada kesihatan seseorang. Namun ketuat boleh berpindah ke orang lain jika berkongsi pakaian. Bukan itu sahaja, ketuat juga boleh merebak ke bahagian lain jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat. Kebiasaanya, ketuat ini akan hilang atau gugur sendiri selepas enam hingga 12 bulan. Ia juga tidaklah berasa sakit, tetapi mungkin bagi sesetengah orang ketuat adalah satu benda asing yang menjelekkan.

Petua 1 – Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.

Petua 2 – Gunakan kapur sirih untuk disapu ke atas ketuat. Biarkan ia mengering sendiri. Amalkannya sehingga ketuat mengering dan gugur dengan sendirinya.

Petua 3 – Ambil daun kesum dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan sebatikannya. Sapu campuran tersebut ke atas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkannya sehingga ketuat gugur sendiri.

| Wanista |