Tindakan kejam seorang lelaki yang bertindak membunuh teman wanitanya dengan cara memijak kepala teman wanitanya. Lelaki tersebut bertind...

5:59 PM by Unknown

Tindakan kejam seorang lelaki yang bertindak membunuh teman wanitanya dengan cara memijak kepala teman wanitanya. Lelaki tersebut bertindak memijak kepala teman wanitanya tersebut hanya kerana berang dengan teman wanitanya kerana enggan diberi password Facebook.

Kane Boyce, 34, dituduh membunuh Paula Newman, 20, di kediaman mereka di Croydon, London selepas mengesyaki wanita itu menipunya. Dia menafikan tuduhan itu dan mendakwa Paula mati akibat terjatuh dari kereta ketika memandu.

Jiran mendakwa mendengar mangsa menjerit ketika pasangan itu bertengkar malah Boyce didengar menggertak mangsa supaya memberi password Facebook.

Difahamkan, pasangan berkenaan menaiki kereta Boyce dan pulang seketika kemudian. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan nampak ‘tidak sihat.’

Paramedik dipanggil ke kediamannya keesokannya selepas mangsa tidak sedarkan diri, namun gagal menyelamatkannya. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala. Malah, ketika paramedik merawat mangsa, Boyce sibuk memeriksa telefon bimbit dan pesanan suara mangsa.

Pegawai Pendakwa Gillian Etherton memberitahu mahkamah, Boyce menjadi taasub dengan akaun Facebook mangsa beberapa minggu sebelum kematiannya dan sering memaksa wanita berkenaan memberikan password.

Sebelum ini mangsa pernah memberitahu rakannya dia merancang meninggalkan teman lelakinya dan meminta dia membantu keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan sikapnya.

Malah, Boyce didakwa pernah memberitahu rakannya, dia sudah meminta password Facebook Paula, namun wanita terbabit enggan mendedahkannya.

| Harian Metro | Wanista |