Presiden Cuba, Raul Castro meminta Amerika Syarikat (AS) memulangkan semula kemnya di Teluk Guantanamo, menarik balik sekatan perdagang...

5:46 PM by Unknown

Presiden Cuba, Raul Castro meminta Amerika Syarikat (AS) memulangkan semula kemnya di Teluk Guantanamo, menarik balik sekatan perdagangan yang dikenakan terhadapnya selama setengah abad dan membayar pampasanan kepada negara itu sebelum kedua-dua negara menjalin hubungan secara normal.
 
Castro memberitahu sidang kemuncak komuniti negara-negara Amerika Latin dan Caribbean bahawa Cuba dan AS sedang berusaha menjalinkan hubungan diplomatik sepenuhnya tetapi 'jika masalah ini tidak diselesaikan, pendekatan diplomatik ini tidak membawa sebarang makna'.
 
Pada 17 Disember lalu, Castro dan Presiden AS, Barack Obama mengumumkan mereka akan bergerak ke hadapan dalam memperbaharui semula hubungan diplomatik sepenuhnya dengan membuka semula kedutaan di kedua-dua negara itu.
 
Kedua-dua negara mengadakan rundingan di Havana pada minggu lalu bagi membincangkan pembukaan semula kedutaan dan agenda yang lebih luas menenai hubungan normal yang diwujudkan semua.
 
Obama telah melonggarkan sekatan perdagangan dengan langkah-langkah yang direka untuk meningkatkan hubungan dengan Cuba dan meningkatkan bilangan warga Cuba yang tidik mahu bergantung kehidupan terhadap negara komunis tersebut.
 
Pentadbiran Obama berkata, menghapuskan halangan untuk ke AS, pengiriman wang dan eksport ke Cuba merupakan perubahan taktikal yang menyokong matlamat AS membentuk semula sistem politik parti tunggal di Cuba dan rancangan mewujudkan ekonomi pusat di negara itu.
 
Cuba berkata, ia mengalu-alukan langkah itu tetapi tidak berhasrat untuk menukar sistemnya. Tanpa menyatakan syarat terperinci, kerajaan Castro telah meningkatkan hubungan rundingan dengan AS untuk menetapkan permintaan lama yang meliputi mengakhiri sokongan AS terhadap mereka yang berkerunan Cuba dan mengeluarkan Cuba daripada senarai sokongan kepada pengganas.
 
Pada Rabu lalu, Castro berkata, jika hubungan diplomatik mungkin dapat diwujudkan semula, hubungan normal dengan AS bergantung kepada beberapa konsesi yang berkemungkinan besar tidak berlaku dalam masa terdekat.
 
AS mewujudkan pengkalan tentera pada 1903, dan kerajaan Cuba sekarang telah meminta kawasan tersebut dipulangkan sejak revolusi pada 1959. Cuba juga mahukan AS membayar beratus-ratus juta dolar terhadap kerugian yang ditanggungnya akibat sekatan yang dikenakan oleh negara itu.
 
"Pengwujudan semula hubungan diplomatik merupakan proses permulaan hubungan dua hala yang normal, tetapi ia tidak mungkin berlaku apabila masih terdapat halangan, mereka tidak memulangkan semula wilayah yang ditakluk secara haram di pengkalan tentera laut Guantanamo," kata Castro.
 
Jabatan Negara AS tidak mengeluarkan sebarang ulasan terhadap kenyataan Castro.
 
Castro yang menggesa supaya sekatan yang dikenakan oleh AS itu ditamatkan mendapat sokongan daripada Presiden Brazil, Ecuador, El Salvador, Nicaragua dan Venezuela pada sidang kemuncak itu.

| Sumber |