ALOR SETAR – Pende­ritaan sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuan kesayangan mereka akibat dibunuh dengan kejam, sembilan tah...

11:24 AM by Unknown
ALOR SETAR – Pende­ritaan sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuan kesayangan mereka akibat dibunuh dengan kejam, sembilan tahun lalu sedikit terubat apabila tertuduh kes itu dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Pasangan suami isteri, Chee Ah Sau, 59, dan isterinya, Lim Kim Nai, 57, ketika ditemui pemberita menyuarakan rasa lega apabila tertuduh dalam kes itu, Shahril Jaafar, 34, dihukum gantung sampai mati oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab.
Kata Ah Sau, dia berasa lega kerana kes pembunuhan anaknya, seorang eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap, 25, akhirnya terbela dengan tertuduh dihukum mati.
“Saya dan isteri berasa lega dengan keputusan hari ini (semalam) tetapi tidak akan berpuas hati selagi kes ini tidak selesai sepenuhnya kerana saya dimaklumkan peguam tertuduh akan buat ra­yuan terhadap hukuman mati tertuduh,” kata Ah Sau ketika ditemui di luar kamar mahkamah di sini semalam.
- lagi info menarik di kosmo online 10/8/2015