Widodo berkata dia telah menerima panggilan daripada pihak pemimpin Perancis, Brazil dan Belanda berkenaan hukuman mati. Foto BLOOMBERG ...

11:22 AM by Unknown
Widodo berkata dia telah menerima panggilan daripada pihak pemimpin Perancis, Brazil dan Belanda berkenaan hukuman mati. Foto BLOOMBERG
Menurut Presiden Indonesia pelaksanaan hukuman mati yang dirancang untuk 11 banduan tidak akan ditangguhkan, lapor Reuters.

Pada masa sama, Joko memberi amaran kepada negara-negara asing supaya tidak campur tangan dalam hak negara untuk melaksanakan hukuman mati.

“Perkara pertama yang saya perlu katakan dengan tegas, tidak sepatutnya ada sebarang campur tangan terhadap hukuman mati kerana ia adalah hak kedaulatan kita untuk melaksanakan undang-undang kami,” kata Presiden Joko Widodo kepada pemberita.

Widodo berkata dia telah menerima panggilan daripada pihak pemimpin Perancis, Brazil dan Belanda berkenaan hukuman mati.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan permintaan dua warga Australia untuk pengampunan presiden.

| therakyatpost.com |