Kelibat Tunku Jalil bergambar bersama seekor buaya dilaman Instagramnya beberapa hari lalu kini menjadi viral.  Memiliki haiwan pel...

10:47 AM by Unknown
Kelibat Tunku Jalil bergambar bersama seekor buaya dilaman Instagramnya beberapa hari lalu kini menjadi viral. 


Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, burung dan anjing (bagi yang bukan Islam), menjadi suatu kebiasaan tetapi lain pula pilihan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.
Menerusi akaun Instagramnya, Tunku Jalil telah memuat naik sekeping gambar bersama haiwan peliharaanya iaitu seekor buaya yang diberi nama 'Azlee'. Dianggarkan buaya tersebut sepanjang hampir satu meter.
Tunku juga menggunakan hastag #buayadarat, sekadar ayat gurauan yang sering digunakan oleh segelintir gadis kepada jejaka yang nakal.
Pengikut Instagramnya menyifatkan Tunku sebagai seorang yang berani kerana umum mengetahui sifat seekor buaya ialah ganas dan merupakan pemangsa.
Selain buaya, Tunku juga memelihara tapir yang diberi nama Lucy.

Read more: TheRakyatPost