Vokalis kumpulan Wings, Awie mendakwa dua daripada tiga anaknya telah ‘dirompak’ isterinya, Rozana Misbun pada 9 Februari lalu. Menurut...

10:55 AM by Unknown
Vokalis kumpulan Wings, Awie mendakwa dua daripada tiga anaknya telah ‘dirompak’ isterinya, Rozana Misbun pada 9 Februari lalu.

Menurutnya, Rozana pada awalnya meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk melawat anaknya, sebelum bertindak membawa lari anaknya.


“Dua (orang anak) telah dirompak lari dari sekolah. Cikgu-cikgu sudah buat laporan. Dia datang dengan kurang ajar bersama polis which is saya tidak tahu siapa dia.

“Saya agak terkilan dengan cara ortodoks yang tidak berdiplomatik langsung dan saya telah pergi ke rumah mereka, tetapi tidak dapat jumpa dan dihalang,” katanya kepada pemberita di Istana Budaya, hari ini.

Lebih memeranjatkan, Awie berkata, seorang lelaki yang mengaku dirinya pegawai polis, pergi ke rumahnya dengan membawa senjata api.

“Lelaki yang tidak memakai pakaian seragam, tetapi mengaku polis datang ke rumah saya membawa senjata api. Saya agak terperanjat, kerana tidak tahu mereka ni polis dari mana,” jelasnya.

Katanya, beliau tidak mampu berbuat apa-apa, selepas usahanya pergi ke rumah Rozana untuk berjumpa anaknya gagal.
“Saya sudah buat laporan polis dan sedang menunggu siasatan dijalankan.

Menurut Awie, sikap Rozana yang tidak jujur menyebabkan beliau risau dengan keadaan anaknya.
Malah, Awie juga bimbang sekiranya wanita itu bertindak menghasut anaknya.

“Sehingga kini dia tidak hantar anak kami ke sekolah. Dia tidak fikirkan kebajikan anak, dia hanya fikir kepentingan diri sendiri sahaja.

“Saya bimbang dia akan hasut anak untuk benci saya,” luahnya kesal.

Sementara itu Awie juga mengesahkan rayuan kes penjagaan Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, akan dibuat Mei ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

“Kita akan dengar penghujahan pada April, manakala keputusan akan dibuat Mei ini,” katanya.

Awie dan anggota kumpulan Wings ditemui ketika melancarkan Album konsert live Wings Rockestra@Istana Budaya dan aplikasi telefon pintar ‘Wings Mobile App’ di Istana Budaya Kelmarin (26 Feb. 2015).


therakyatpost.com