Tawau – Masyarakat media sosial gempar dengan penyebaran video pendek yang memaparkan insiden tembak-menembak yang dikatakan berlaku di Taw...

11:43 AM by Unknown
Tawau – Masyarakat media sosial gempar dengan penyebaran video pendek yang memaparkan insiden tembak-menembak yang dikatakan berlaku di Tawau.
Video- Rakaman Insiden Tembak Menembak Di Tawau Tersebar
Rakaman berdurasi 1:03 minit itu memaparkan beberapa orang anggota keselamatan yang berpakaian preman dilihat berkeliaran dengan membawa sejata.
Mereka yang pada mulanya terkejut kerana bimbang berlaku insiden yang tidak diinggini, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila dimaklumkan ia hanya sekadar latihan yang melibatkan semua agensi keselamatan.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah  akan menjalankan Latihan Amal Pasak II selama dua hari di sekitar bandar Tawau bermula 27 Feb ini.


Suber video : SuaraTV