Semuanya hebat dan terbaik. Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza pada malam Selasa lalu di Istana Budaya bukanlah hanya sebuah konsert yang biasa untuk ditonton. Tetapi ia melangkau daripada batas dan sempadan kebiasaan itu.
Ia sebuah konsert yang telah melengkapkan perjalanan karier selama 20 tahun bagi seorang anak seni yang memiliki bakat luar biasa di negara ini. Konsert tersebut juga mengesahkan tanggapan betapa pengaruh Siti tidak mungkin dibendung lagi apabila Panggung Sari penuh sesak gara-gara kemunculan Siti di atas pentas hanya satu malam.
Jika ada peminat yang menganggap Siti bukan lagi Bintang Paling Popular di negara ini, ia sebenarnya bukanlah kudis pun kepada penyanyi itu.
Ini kerana apabila penyanyi berusia 36 tahun itu bertanya kepada penonton siapa yang pertama kali menonton konsertnya, punyalah ramai yang mengangkat tangan dan berdiri.
Sebagaimana meriah dan gahnya setiap konsert Siti Nurhaliza, ia menjadi lebih hebat apabila kebanyakan lagu-lagu popularnya dinyanyikan oleh penonton. Malam itu, Siti menggunakan kepakaran pemuzik tempatan dan tenaga kreatif yang diketuai pengarah muzik, Aubrey Suwito selain penari yang berpakaian sopan.
Sesuai dengan kedudukannya sebagai penyanyi paling popular ketika ini, Siti Nurhaliza telah menjalankan tugasnya dengan baik di pentas. Setiap lagu didendangkan Siti dengan penuh penghayatan mengembalikan ingatan peminat terhadap khazanah seni yang bakal ditinggalkannya kelak.
Tidak salah menyifatkan konsert itu adalah manifestasi penghormatan kepada penghibur rakyat yang terus diingati dan dikenang oleh generasi baru. Siapa yang tidak rasa terhimbau ke zaman lampau apabila lagu seperti Purnama Merindu, Jerat Percintaan, Azimat Cinta, Aku Cinta Padamu, Diari Hatimu, Wajah Kekasih, Kau Kekasihku dinyanyikan semula oleh Siti.
Lebih menarik, berselang-seli nyanyiannya. Siti rajin bercerita kisah menarik yang jarang diketahui ramai sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Selama dua jam itu, Siti berkongsi pengalamannya merakamkan lagu pertama dalam kariernya, lagu lama yang dirakamnya bermula 9 malam hingga 6.30 pagi selain pernah menumpang di sebuah bilik rumah komposer Datuk Adnan Abu Hassan ketika baharu bergelar artis.
Siti turut mengundang komposer tersebut naik ke atas pentas untuk mengiringinya menyanyikan lagu Jerat Percintaan dan Azimat Cinta. Siti juga menoleh kenangan terindahnya apabila memenangi pertandingan Golden Voice di Shanghai, China pada tahun 1999. Kata Siti, sebaik tamat pertandingan, dia perlu pulang ke tanah air kerana turut mendapat undangan menyanyi di hadapan Perdana Menteri yang ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, dia terus diterbangkan menggunakan helikopter tentera untuk membuat persembahan di Langkawi.
"Itulah adalah antara pengalaman yang peminat tidak tahu sepanjang 20 tahun menjadi anak seni. Tapi yang lebih teruja ketika ini, saya sebenarnta tidak sabar untuk memberitahu Mahathir bahawa saya telah menang pertandingan itu mewakili Malaysia," ujarnya tersenyum girang.
Pada malam itu, Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut hadir pada konsert tersebut sebagai tetamu istimewa. Siti juga sempat memberi penghormatan kepada pihak apabila memberitahu siapa wartawan pertama yang menemuramahnya sebaik melangkah ke dunia seni. Selain itu, Siti turut mendedahkan semasa di awal kemunculan dia amat takut kepada wartawan dan juga deejay radio kerana tidak tahu apa yang hendak dijawab jika diajukan soalan.
Tamat konsertnya, di mata peminatnya Siti mungkin dianggap sebagai wanita yang cukup sempurna. Lahir dengan pakej yang lengkap, bersuara mantap, jelita dan imej yang sederhana, Siti menjadi idola kepada mereka hari ini. Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza 2015 diadakan secara eksklusif hanya untuk satu malam sahaja dengan tiket dijual serendah RM78 hingga RM518.
Siti membawakan lebih 15 buah lagu termasuk beberapa lagu popularnya secara madley dalam persembahannya termasuk menjemput dua komposer yang terlibat dalam album Fragmen iaitu Faizal Tahir dan Awi Rafael turut diundang bagi mengiringinya menyanyikan lagu ciptaan masing-masing iaitu Aku dan Mula & Akhir.
-MalaysiaGazette | Oleh: ARIF NIZAM ABDULLAH