Logitech memperkenalkan pembesar suara mini tanpa wayar dengan menampilkan ciri-ciri seperti, sambungan Bluetooth, mampu bertahan sehingga...

5:35 PM by Unknown
Logitech memperkenalkan pembesar suara mini tanpa wayar dengan menampilkan ciri-ciri seperti, sambungan Bluetooth, mampu bertahan sehingga lima jam, dan juga speaker kecil ini bakal memberikan anda bersama dengan musik di mana sahaja anda berada.
“Pengguna mahukan sesuatu yang mudah untuk dibawa kemana sahaja, dan mendapatkannya dengan harga yang bersesuaian,” kata Pengurus Longitech di  Malaysia, Filipina dan Brunei, KP Sim.
“Pembesar suara mudah alih, dan tanpa wayar ini memberikan apa yang anda mahu. Bunyi yang kuat, tidak setimpal dengan saiznya serta harga yang boleh dimiliki, meletakkan Logitech X50 ini bakal menggegarkan hari-hari anda di mana jua anda berada.”
Pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih oleh pengguna seperti hijau, kelabu, kuning, jingga atau biru. Dan, ia sangat mudah untuk digunakan!
Kalau anda tidak ingin sambungkannya melalui Bluetooth, gunakan auxiliary jack dan kawal suara dengan mudah.
- Share from Wanista