Korang semua pun dah sedia maklum baru-baru ini Aidil Zafuan dan isterinya, Zarema Zainal telah menimang cahaya mata sulung mereka.. Nak...

11:11 AM by Unknown


Korang semua pun dah sedia maklum baru-baru ini Aidil Zafuan dan isterinya, Zarema Zainal telah menimang cahaya mata sulung mereka.. Nak dijadikan cerita Aidil ni adalah memuatnaik gambar anak sulungnya tu di laman Instagram beserta kapsyen ‘pelangkap hidup dan pengubat rindu daddy’..


Disebabkan kaypsen tu ramai la tukang menyampai berita ni di laman Instagram milik Rita Rudaini bekas isteri Aidil.., kononnya mereka ni nak melahirkan rasa simpatilah dengan nasib anak-anak Rita iaitu Ryan dan Arjuna..

Disebabkan ramai sangat orang yang kepoh, Rita apa lagi tampil dengan membalas komen-komen mereka tu.. Bukan Rita balas tanda terima kasih tau untuk orang yang suka menyibuk hal orang lain ni.. Rita memberi komen sedikit marah terhadap perangai mereka ni..


Iyalah, kalau betul simpati dengan nasib anak-anak dia, tak perlu rasanya dok menyampai berita ni sampai dalam IG.. Miss A tengok Arjuna dan Ryan tu dah cukup bahagia bersama mummy mereka..

Miss A harap tak akan timbullah isu seperti ini lagi, masing-masing pun ada kehidupan mereka sendiri.. Cuma Aidil mungkin perlu bersikap lebih adil kepada anak-anaknya.. Bukan dia ada sorang je anak kan?

| Miss A/UtaraNews.com |