Jika sebelum ini sebuah video lucu menjadi viral apabila seorang warga emas berusia 50 tahun terlupa menyebut nama bakal isterinya semasa...

7:55 AM by Unknown

Jika sebelum ini sebuah video lucu menjadi viral apabila seorang warga emas berusia 50 tahun terlupa menyebut nama bakal isterinya semasa hendak dinikahkan kini satu lagi video berkaitan satu majlis pernikahan menjadi tumpuan pengguna laman sosial.

Video yang berdurasi 3 minit 10 saat itu mengesahkan tentang seorang pemuda yang hendak dinikahkan oleh seorang jurunikah yang kelihatan sempoi dan melucukan.

Majlis pernikahan itu dirakamkan berlangsung di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.

Dalam video itu, pemuda tersebut yang bernama Aiman sedikitpun tidak kelihatan gementar ketika berdepan dengan jurunikah tersebut dan mampu melafazkan akad dalam nada lancar semasa sesi percubaan.

Pengantin lelaki ketawa beberapa kali semasa mendengar penerangan daripada jurunikah tersebut atas sebab yang dirasakan lucu.

Kedengaran dalam video itu para hadirin di majlis tersebut tertawa sama selepas mendengarkan lawak jenaka yang dibuat oleh jurunikah berkenaan.

Difahamkan, jurunikah itu yang dikenali dengan nama Subuh merupakan seorang imam yang sangat popular di Batu Pahat.

Paparan video yang tersebar di Facebook itu mendapat pelbagai komen dengan salah seorang daripadanya iaitu Muhammad Ramdhani Aedi berkata `Mana nak dapat tok kadi ni? macam nak kawin sekarang je’.

Seorang lagi pengguna Facebook Mat Yie berkata `hilang sikit rasa gemuruh debar pengantin.
Video itu telah dikongsikan lebih 45,149 kali dan mendapat 20, 516 likes.

Ikuti Pautan Video Klip Disini


| therakyatpost.com |