Ancaman Anak Muda Malaysia ini apakah satu lakonan provokasi bukan sahaja di pihak penyokong Anwar atau tindakan subversif golongan lain ...

3:32 PM by Unknown

Ancaman Anak Muda Malaysia ini apakah satu lakonan provokasi bukan sahaja di pihak penyokong Anwar atau tindakan subversif golongan lain yang mahu mencemarkan gerakan aman membebaskan Anwar. Kelompok anarkis, antifa, fasis begini selalu dilihat mengacau perhimpunan aman PR dan cara halus mereka bermain politik dalam pergerakan anonymous sukar ditelah.

Kuala Lumpur: Satu video provokasi oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini mula tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Kumpulan itu membuat ancaman melalui video berdurasi 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube, semalam.

“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” itu antara kata-kata ugutan oleh kumpulan itu.

Video memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka itu turut menegaskan bahawa perjuangan mereka baru bermula.

“Perjuangan kami baru bermula dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.

Malah gambar pelakon Nora Danish turut dimasukkan di dalam video itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, PDRM akan menyiasat berhubung perkara ini. myMetro

Mesej mereka: Mahkamah seluruh Malaysia akan menjadi sasaran kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia. Dengan ini kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama kami.


| Sumber |