Vokalis baharu kumpulan Terra Rossa didenda RM7,000 atau 18 bulan penjara setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dadah Mahkamah ...

11:55 AM by Unknown

Vokalis baharu kumpulan Terra Rossa didenda RM7,000 atau 18 bulan penjara setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dadah Mahkamah Majistret Ampang pada 12 februari 2015.
Majistret Zulyana Zollkapli memerintahkan Khairul Hizam Kaha, 39, berada dalam pengawasan polis selama dua tahun.
Vokalis yang lebih dikenali sebagai Jijam itu didakwa memiliki dadah methamphetamine seberat 0.41 gram di kawasan Axis Astrium, Taman Cempaka, Ampang pada 4.30 petang, 10 Disember tahun lalu.
Bagi tuduhan kedua dan ketiga, Jijam didapati menggunakan methamphetamine pada 7.15 malam pada 29 Mei tahun lalu.
Dia juga didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya pada 6.30 petang, 10 Disember tahun lalu di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada 6.30 petang.
Mahkamah memerintahkan Khairul Hizam membayar denda RM3,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan memiliki dadah manakala denda RM2,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga.
Khairul Hizam, yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman diringankan kerana beliau hanya berniaga sendiri dan tiada pendapatan, selain perlu menyara tiga anak.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan tersebut. 
- MalaysiaGazette