Ketika ini, Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sedang menikmati pemandangan yang cukup indah ...

7:30 PM by Unknown
Ketika ini, Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sedang menikmati pemandangan yang cukup indah di Cappadocia, Turki.

Mungkinkah percutian ke Turki ini adalah bulan madu terbaru pasangan bahagia ini setelah lapan tahun melayari bahtera rumah tangga?

Kunjungan Siti ke negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadinya itu dikongsi menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial media Instagramnya, secara berperingkat-peringkat semenjak semalam.

Foto pertama yang dimuat naik oleh Siti mengenai perjalanannya ke Turki diambil sewaktu beliau dan Datuk K di lapangan terbang di tanah air. Ia kemudiannya diikuti dengan foto selfie Siti di lapangan terbang Abu Dhabi semasa transit untuk ke destinasi seterusnya iaitu Turki.

Perkembangan Siti di Turki dikemas kininya menerusi beberapa lagi foto yang dimuat naik setibanya di Cappadocia, iaitu salah satu daripada pusat pelancongan yang cukup popular di kalangan pelancong di Turki.

Selepas ini, Siti dan Datuk K akan meneruskan perjalanan mereka ke Istanbul pula yang mana mereka akan melawat Masjid Biru yang merupakan lokasi terkenal di bandar tersebut.

Sebenarnya, kunjungan Siti dan Datuk K ke Turki ini adalah untuk penggambaran program Romantika. Program popular Astro ini memaparkan kisah pasangan selebriti ternama tanah air yang berkongsi tentang rahsia kebahagiaan perkahwinan mereka.

Meskipun Siti dan Datuk K akan sibuk dengan penggambaran program tersebut namun ia boleh juga dijadikan percutian bulan madu terbaru mereka memandangkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga adakalanya sukar untuk mereka mencari waktu untuk bercuti panjang bersama.

Siti dalam salah satu feed Instagramnya ada menulis kata-kata “With Love from Cappadocia” di bawah foto romantisnya bersama suami tercinta.

- Oleh Norimy Aimi - Mangga Online