Oppo boleh dikatakan antara syarikat pengeluar peranti dari China yang mempunyai bentuk rekaan peranti yang agak unik dan tidak meniru peng...

11:10 AM by Unknown
Oppo boleh dikatakan antara syarikat pengeluar peranti dari China yang mempunyai bentuk rekaan peranti yang agak unik dan tidak meniru pengeluar lain. Mereka sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti menarik, dan kini beberapa gambar baru tertiris ke arena web memperlihatkan salah satu peranti baru yang masih belum diumumkan.

Melalui gambar peranti yang tertiris, ia memaparkan rekaan skrin hadapan tanpa bingkai tepi – sekaligus membawakan skrin paparan dari tepi ke tepi, berbeza dengan beberapa peranti lain di pasaran hari ini.
Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya berkenaan apakah kemungkinan peranti baru Oppo ini. 
Adakah kemungkinan ia adalah Oppo Find 9 ataupun adakah ia berkemungkinan adalah Oppo R7? 
- oleh  - amanz.my