KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Black Dog Bone yang juga pemain trumpet, Masron Ali meninggal dunia pagi tadi kira kira jam 4.30 pagi tadi d...

12:39 PM by Unknown
KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Black Dog Bone yang juga pemain trumpet, Masron Ali meninggal dunia pagi tadi kira kira jam 4.30 pagi tadi di Hospital Changi, Singapura.

Allahyarham sejak awal 2014 mengalami kesakitan radang paru-paru hingga menyebabkannya hilang suara.

Menurut wakil syarikat rakaman Life Record di Singapura, Osman Ariffin, kali terakhir beliau mendengar berita mengenai allahyarham adalah berkaitan dengan penyakit radang paru-paru yang dialaminya.

"Awal bulan lalu pihak Life Record ada menganjurkan kempen Kami Peduli untuk allahyarham mengumpul dana. Tapi tuhan lebih sayangkannya. Kempen itu sudah masuk tahun kelima," katanya kepada BH online.

- Berita Harian Online - Oleh Zaidi Mohamad - zaidim@bharian.com.my




2 pelakon Singapura, Jorah Ahmad dan Norsiah Hamid, menyerahkan Sumbangan Dana Kempen, 2 minggu yang lalu kepada Allahyarham Masron Ali di Hopital Changi, Singapura. - Foto ihsan Osman Ariffin