QUEBEC, Kanada - Seorang wanita Muslim di Kanada diarahkan untuk menanggalkan hijabnya ketika sedang menjalani perbicaraan kes di mahka...

11:37 AM by Unknown

QUEBEC, Kanada - Seorang wanita Muslim di Kanada diarahkan untuk menanggalkan hijabnya ketika sedang menjalani perbicaraan kes di mahkamah. Hakim yang memimpin persidangan tersebut meminta El Alloul untuk membuka hijabnya sekiranya ingin persidangan dimulakan.

Kenyataan Hakim, Eliana Marengo yang memimpin persidangan tersebut diketahui ketika salah seorang pengunjung sidang mahkamah tersebut secara diam-diam merakam perjalan persidangan tersebut, dan menyebarkannya di dunia maya.

Dalam rakaman tersebut kedengaran suara Marengo yang menyebut "pengadilan adalah tempat yang sekuler, oleh kerana itu dirinya meminta El Alloul untuk melepaskan hijabya dan sekiranya El Alloul tidak membuka hijab yang dia kenakan, maka persidangan tidak akan dimulakan, ujarnya lagi.

“Topi dan kacamata hitam misalnya, tidak diperbolehkan. Itulah sebab mengapa saya menilai hijab juga tidak diperbolehkan,” ujar Marengo dalam rakaman tersebut. 

Ketika bercakap kepada media, el-Alloul berkata dia tidak percaya situasi itu boleh berlaku ke atas dirinya.

"Saya memakai hijab ketika mengangkat sumpah sebagai warganegara Kanada. Apa pun, kejadian di mahkamah membuatkan saya berasa takut.

"Saya merasakan bahawa saya bukan lagi rakyat Kanada," ujar el-Alloul.

El-Alloul menambah, tindakan hakim tersebut meningkatkan lagi sentimen Islamofobia.

Di bawah undang-undang Kanada, bukan menjadi kesalahan memakai hijab di mahkamah.

Ia hanya menyatakan mereka yang hadir di mahkamah perlu berpakaian sopan dan sesuai.

Rania el-Alloul berada di persidangan mahkamah tersebut adalah untuk memohon kembali keretanya yang disita oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, pihak Kementerian Kehakiman Quebec masih belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan insiden itu. Manakala Hakim Marengo dikabarkan tidak dapat dihubungi setelah rekaman tersebut tersebar luas di dalam media.

| Sumber: Pelbagai