Muhyiddin beramah mesra bersama murid cemerlang bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di SMK Bu...

12:07 PM by Unknown
Muhyiddin beramah mesra bersama murid cemerlang bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di SMK Bukit Pasir, semalam.

Berikutan dakwaan berhubung wujudnya sebuah sekolah yang beroperasi tanpa infrastruktur lengkap dengan keadaan kelasnya tidak berdinding dan berkhemah dipercayai di Tuaran, Sabah, PM meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa untuk menyisat segera perkara tersebut melalui akaun Twitternya pada 28/2/2015.


Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengarahkan  Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mengambil beberapa langkah proaktif bagi menyelesaikan segera masalah  sebuah sekolah di Tuaran, Sabah yang tidak berdinding.

Tan Sri Muhyiddin berkata, KSN sudah  berada di Tuaran untuk meninjau dan melihat sendiri keadaan sekolah berkenaan sebelum langkah seterusnya  dilaksanakan.

Beliau berkata, peruntukan membaik pulih SK Penimbawan di Tuaran, Sabah diluluskan tahun lalu.

“Sebenarnya  peruntukan  untuk sekolah itu disediakan tahun lepas. Jika tidak silap tujuh atau lapan bulan lalu.

“Bukan kita (kementerian) tidak mahu buat sekolah itu tetapi kerja-kerja  menyiapkan pelan dan teknikal agak mengambil  sedikit masa,” katanya pada sidang media selepas program Santai Fiesta Karnival Muzik Belia Pagoh di Dataran Agro  Bazar, Pusat Bimbingan Usahawan
Pagoh, semalam.

Menurutnya, empat  sekolah lain telah siap dan hanya sekolah di Tuaran sahaja yang tertinggal.

"Saya dimaklumakan KSN sudah berada di sana untuk menyiasat perkara tersebut.

“Peruntukan sekolah ini tidak terlalu besar sekitar RM5 hingga 10 juta dan penambahbaikkan sekolah ini akan disegerakan dan berharap dapat disiapkan dalam tahun ini juga,” katanya.

| Sumber theborneopost.com