Sebagai seorang pelakon baharu dalam bidang lakonan sememangnya mereka ini tidak lari dari menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada para peminat. Begitu juga halnya dengan pelakon baru yang mula mencipta nama dalam seni lakonan.
Fadlan Hazim salah seorang pelakon baharu yang membintangi filem "Abang Lejen" tidak terlepas dari kritikan dari peminat. Ekoran ada pandangan yang mengkritik lakonannya dalam filem tersebut, Fadlan awal-awal lagi memohon maaf kepada mana-mana pihak terutama para peminat, sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan hasil lakonannya.
Fadlan sendiri mengakui yang dia sendiri tidak berpuashati dengan prestasi lakonannya dalam filem Abang Lejen tersebut. Namun apapun kelemahannya selama pengambaran filem tersebut Fadlan menganggap semua itu sebagai cabaran untuknya yang masih baharu dalam bidang lakonan.
Soalan ditanya mengapa Fadlan tidak hadir semasa pratonton filem Abang Lejen tempoh hari, dia menafikan bahawa dia sengaja tidak mahu datang atau menghadapi masalah dengan produksi.
“Pada waktu itu, saya memang tidak boleh tinggalkan lokasi penggambaran drama terbaru saya iaitu Dunia Generasi Baru. Kebetulan penggambaran drama ini juga perlu segera disiapkan kerana ia sudah mula ditayangkan di TV9,” jelasnya.
Sebelum ini, Fadlan yang pernah membintangi drama, Delina ini meminta agar dilepaskan daripada pengurusan Metrowealth (MIG).
“Walaupun bos MIG, David Teo ada memberitahu yang pihaknya ada merancang projek untuk saya tetapi saya sudah ada plan sendiri.
“Saya tidak mahu lagi terikat kerana saya juga ada target sendiri. Selepas ini, Insya-Allah saya akan bergerak sendiri. Lagipun dulu saya sudah biasa menguruskan kerjaya saya tanpa menggunakan khidmat pengurus,” ujarnya.
Abang Lejen merupakan filem kedua lakonannya. Tahun lalu, Fadlan diberi peluang berlakon filem buat pertama kalinya menerusi filem Sniper, arahan Pierre Andre.
Filem Abang Lejen terbitan Metrowealth arahan Mohd Azaromi Ghozali dan dibintangi oleh pelakon Farid Kamil, Fadlan Hazim, Intan Ladyana, dan Adib Yunus. Filem bergenre komedi ini mengisahkan tentang keakraban dua adik-beradik yang kehilangan ibu bapa mereka ketika mereka masih muda. Farid Kamil memainkan watak abang, Ajim, yang sanggup membahayakan dirinya demi melindungi adiknya, Aman (Fadlan Hazim). Filem ini ditayangkan pada 16 April 2015 semalam.
- Sumber ManggaOnline