SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sekali lagi menggesa kerajaan menghapuskan hidangan arak di dalam semua pesawat MAS susulan insiden penerbangan MH179 terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpang berkelakuan agresif semasa mendesak dihidangkan arak.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, insiden itu membuktikan arak di atas pesawat boleh membahayakan penerbangan.
"Kami menegaskan sekali lagi kewujudan arak untuk dihidangkan atas permintaan penumpang di atas pesawat bukan menguntungkan syarikat penerbangan kerana kebanyakan penumpang tidak kira warganegara tidak suka penumpang yang berpotensi mabuk di atas pesawat.
"Insiden penumpang mabuk boleh membahayakan pesawat ketika berada di udara kerana tindakan ganas yang tidak boleh diduga boleh berlaku," katanya.
Beliau turut kecewa kerana gesaan pelbagai pihak supaya MAS bebas arak masih tidak diambil kira kerajaan.
"Apakah alasan kerajaan untuk terus mengekalkan status hidangan arak di atas pesawat?," katanya.
Menurutnya, sebagai contoh, di Australia gesaan untuk mengharamkan hidangan arak di atas pesawat semakin kuat disuarakan pelbagai badan bukan kerajaan di sana.
"Ini kerana penumpang keletihan di atas pesawat apabila berada di samping penumpang lain yang mabuk atau mereka minum arak ketika di lounge lapangan terbang," katanya.
- viraliyat