Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi, tetapi kali ini beliau malu sendiri kerana tersalah mentafsir komen dari seorang peng...

11:48 PM by Unknown
Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi, tetapi kali ini beliau malu sendiri kerana tersalah mentafsir komen dari seorang pengikutnya di Twitter. Selebriti itu membuat posting di Twitter, bertanyakan pengikutnya restoran terbaik untuk berbuka puasa.
“Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?,” soal Azwan dalam laman Twitternya.
Twitnya itu mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab “menate”.
Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.
“Sundal bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak neraka?” tulis Azwan.
Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa beliau hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama “menate” dan bukan mengutuk.
“Maksud saya Steak House Menate.”
Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas @NurAziraWA memuat naik ‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu. Rata-rata menyatakan hal ini adalah suatu yang memalukan dan tidak wajar dilakukan oleh Azwan Ali.
Me’nate Steak Hub merupakan restoran khusus menyediakan makanan barat yang halal dan terletak di Ampang.
Selepas ‘screen shot’ perbualan @NurAziraWA dengan Azwan Ali menjadi viral, beliau menerima pesanan ringkas peribadi daripada pemilik Me’nate Steak Hub, Mustaffa Othman yang menjemput beliau dan keluarga untuk makan di restoran mereka secara percuma!
Okey, kelakar betul! Dek salah faham, tak pasal-pasal wanita itu kena maki dengan Azwan Ali.
- Wanista