Laman Facebook dan Twitter  Polis Diraja Malaysia  baru sahaja digodam sebentar tadi oleh kumpulan yang menggelar diri mereka  AnonGhost . ...

2:58 PM by Unknown
Laman Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia baru sahaja digodam sebentar tadi oleh kumpulan yang menggelar diri mereka AnonGhost. Imej laman dan avatar diubah kepada gambar yang menyokong ISIS. Sebuah gambar tentera ISIS turut dimuat naik oleh mereka dengan mesej“Viva Islamic State”.


AnonGhost ialah kumpulan penggodam yang menjadi terkenal kerana menggodam laman Israel untuk memaparkan mesej pro Palestine. Adalah dipercayai mereka terdiri daripada 15 penggodam yang berpangkalan di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.Mereka juga bertanggungjawab menggodam laman Bangsa Bangsa Bersatu dan memaparkan gambar kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat Operasi Protective Eagle yang dilancarkan rejim Zionis tahun lalu. Selain daripada itu mereka juga dipercayai mencuri data kad kredit pengguna Israel dan kemudian menggunakannya untuk menderma kepada badan amal Palestin.
Tindakan menggodam laman Facebook dan Twitter ini mungkin tindakan balas dendam tindakan PDRM menangkap penyokong ISIS di Malaysia. Setakat 2.40 petang ini, hanya laman Twitter berjaya dikawal semula oleh pihak PDRM. Berita selanjutnya menyusul.
- amanz.my 13/7/2015




Kenyataan terkini melalui laman web PDRM