KUALA LUMPUR: Tempoh jaminan polis terhadap Zamani yang ditahan berhubung kes dadah tujuh hari lepas disambung sehingga Jumaat ini.
Peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Zamani memberitahu pemberita bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertimbangan sama ada meneruskan kes ataupun sebaliknya.
Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya turut memberitahu bahawa jaminan polis tersebut membolehkan Zamani berehat dan menjalani kehidupan normal sebelum proses mahkamah bermula.
Zamani yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang pula berkata bahawa beliau semakin sihat dan berterima kasih kepada peminatnya yang memberikan sokongan agar dirinya tabah menghadapi dugaan.
"Saya okey, terima kasih kepada peminat yang masih menyokong saya," katanya.
| Astro Awani |