Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud mangkat, lapor stesen rasmi Arab Saudi hari ini...

8:15 PM by Unknown
Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud
RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud mangkat, lapor stesen rasmi Arab Saudi hari ini. Baginda berusia 90 tahun.

Raja Abdullah dilapor dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru.

Baginda menaiki takhta pada tahun 2005.

Majlis pengebumiannya dijadual akan diadakan hari ini di Masjid Turki Abdullah di Riyadh, dan beberapa pemimpin dunia dijangka hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Raja Abdullah menjadi ketua kepada sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak, menjadi rakan utama Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah.

Dalam kalangan negara konservatif itu, Raja Abdullah dilihat sebagai tokoh pembaharuan.

Sejak menduduki takhta itu, Raja Abdullah mengambil tindakan ke arah kebebasan yang lebih meluas dan melabur sebahagian daripada kekayaan minyak negaranya dalam projek pendidikan dan infrastruktur berskala besar.

Di bawah kepimpinan Raja Abdullah juga, negara itu turut membantu dalam usaha menghapuskan penyebaran fahaman militan termasuk Al-Qaeda, mengenepikan kumpulan pendakwah radikal selain turut mengambil peranan yang lebih penting dalam hal ehwal antarabangsa.

Tahun lalu, Arab Saudi turut menjadi negara di timur tengah utama yang bergabung bersama AS untuk mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Sementara itu, penganalisis meramalkan peralihan politik dijangka lancar ekoran kemangkatannya biarpun banyak cabaran dihadapi Arab Saudi kini termasuk perhubungannya dengan Iran, kebangkitan militan IS, krisis di Yaman serta kejatuhan harga minyak. -

AFP |CNN | BH










ARAB SAUDI, 23 Jan – Penjaga Dua Tanah Suci yang juga Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud berusia 90 tahun meninggal dunia awal pagi ini, dalam satu kenyataan yang dipetik oleh televisyen negara itu.

Raja Abdullah menaiki takhta pada 1 Ogos 2005 selepas kematian Raja Fhad.

Ketika pemerintahannya, Raja Abdullah bertanggungjawab memperbaharui sistem sosial, ekonomi, budaya dan politik negara itu.

Ini termasuk memperkasa peranan wanita dalam bidang politik, pemberian biasiswa kepada pelajar asing, mewujudkan pusat ekonomi setempat dan pembinaan hospital.

Sebelum ini, baginda pernah dimasukkan ke hospital pada Disember tahun lalu kerana radang paru-paru.

“Baginda meninggal dunia pada kira-kira jam 1 pagi ini waktu tempatan dan akan dikebumikan esok,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Putra Mahkota Salman, 79 tahun, yang bakal dilantik sebagai Raja Arab Saudi yang baru dijangka memanggil satu mesyuarat khas Majlis Keluarga Diraja Arab Saudi.

Putera Salman sebelum ini kerap mewakili Almarhum Raja Abdullah dalam kebanyakan acara dan majlis rasmi kerajaan. Baginda dinamakan putera mahkota pada Jun 2012 berikutan kematian Putera Naif.

Pada Mac tahun lalu, Almarhum Raja Abdullah turut menamakan Putera Muqrin sebagai putera mahkota.