Bukit Aman, 23 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sebanyak 144 buah motosikal jenis Honda Wave dalam satu majlis rasmi P...

8:05 PM by Unknown
Bukit Aman, 23 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sebanyak 144 buah motosikal jenis Honda Wave dalam satu majlis rasmi Penyerahan 144 Buah Motosikal Honda Wave Kepada ATM Di Bawah Program Strategi Lautan Biru (NBOS), petang tadi.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi.

Timbalan Ketua Polis berkata bantuan logistik ini antara inisatif bagi meningkatkan prestasi rondaan polis dan tentera dalam usaha mencapai pengurangan kejadian pecah rumah sebanyak 5% hingga 10% setahun sekaligus mengurangkan jenayah indeks dan meningkatkan persepsi positif terhadap keselamatan dikalangan masyarakat.

‘Dalam usaha memperkasakan kerjasama ini serta penguatkuasaan yang efektif, maka keperluan logistik juga adalah perkara penting yang perlu diambil kira’

‘Justeru pada April 2014 lalu, Urusetia NBOS Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meminta PDRM menguruskan perolehan sebanyak 144 unit motosikal untuk program NBOS di bawah inisiatif ini dengan menggunakan peruntukan NBOS yang ditempatkan di Bukit Aman”, tambah Timbalan Ketua Polis Negara lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Acryll Sani bin Abdullah Sani, warga PDRM serta ATM dan rakan media.

| Sumber FB PDRM |