Kangar: Seorang bapa dan anak perempuannya masing-masing berusia 48 dan 21 tahun didenda RM80,000 atau penjara 24 bulan selepas mengaku bers...

7:20 AM by Unknown
Kangar: Seorang bapa dan anak perempuannya masing-masing berusia 48 dan 21 tahun didenda RM80,000 atau penjara 24 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kangar di sini, pada Selasa 20 Januari, bagi kesalahan kali kedua menyimpan dan memiliki rokok seludup di kedai runcit milik mereka di sini, pada 6 Ogos 2012 lalu.


Kedua-dua tertuduh, Abdullah Jaafar, 48 dan anak perempuannya Anis Raihana Abdullah, 21, dijatuhkan hukuman hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan memiliki barangan larangan berupa rokok seludup bernilai RM2,718.80 yang disimpan di premis kedai runcit mereka di sini.

Hanya tertuduh pertama yang juga bapa kepada remaja perempuan berkenaan hadir ke mahkamah selepas anaknya kini menyambung pelajaran di Alor Setar.

Abdullah yang diwakili Peguambela Nor Herdawati Haron itu dilihat tenang ketika mengaku bersalah selepas kertas pendakwaan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim.

Tertuduh didakwa memiliki sejumlah 2,412 bungkusan rokok putih dan kretek pelbagai jenama yang disimpan di kedai mereka di Jalan Tun Saleh Ismail, Taman Pertiwi di sini pada 2 Ogos 2012 lalu dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan larangan import.

| MyMetro |