BINTANG terkenal drama Winter Sonata iaitu Bae Yong Joon, 43, dilaporkan telah memutuskan hubungan cintanya dengan Goo So Hee, 29, selepas setahun bersama.
Portal Koreaboo melaporkan, keruntuhan cinta pasangan itu disahkan oleh wakil kedua-dua pihak.
Goo So Hee mendedahkan berita itu kepada portal Nikkan Sport manakala Bae Yong Joon pula membuat pengumuman berkenaan melalui pihak pengurusannya KeyEast Entertainment.
"Disebabkan ia adalah masalah peribadi pasangan itu, adalah sukar untuk kami menjelaskan sebab-sebab perpisahan mereka," ujar jurucakap aktor itu.
Terdahulu, percintaan Bae Yong Joon dan Goo So Hee disahkan oleh sebuah portal di Jepun pada Disember 2013.
Beberapa bulan selepas berita itu tersebar, timbul khabar angin pula mengatakan mereka sudah berkahwin tetapi ia dinafikan tidak lama kemudian oleh aktor berkenaan.
| mStar |