Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak   Berikut ialah intipati Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kew...

11:51 AM by Unknown

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak 

Berikut ialah intipati Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa (20 Januari 2014).

* Persekitaran/percaturan ekonomi dunia telah berubah. Ini memberi impak kepada Malaysia, antara negara mempunyai dagangan terbesar di dunia.

* Beberapa perkara pokok yang kerajaan unjurkan bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

* Sebagai kerajaan bertanggungjawab, akan terus mencari jalan mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

* Kejatuhan harga minyak mentah dunia secara langsung kurangkan pendapatan negara yang digunakan untuk tujuan pembangunan.

* Pemberian visa percuma kepada pelancong antaranya dari China, untuk giatkan industri pelancongan negara.

* Kerajaan akan ambil langkah proaktif untuk buat pengubahsuaian spesifik, seiring dengan perubahan senario ekonomi global.

* Dengan pengurangan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 35 sen dan 30 sen, pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia secara kasarnya sekitar RM7.5 bilion.

* Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015.

* Pada harga US$55 setong yang diunjurkan, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

* Sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion, kerajaan masih alami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi tampung langkah-langkah Bajet 2015.

* Kerajaan tetapkan kadar defisit dikaji semula kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015.

* Kerajaan tidak berkompromi ke atas perancangan pembangunan kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara.

* Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus.

* Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global dan Ringgit bukan satu-satunya yang menyusut berbanding dolar Amerika.

* Kerajaan perlu pastikan akaun semasa dalam imbangan pembayaran sentiasa kekal dalam lebihan.

* Kerajaan teruskan langkah-langkah reformasi fiskal dan menyepadukan (consolidate) ekonomi.

* Kerajaan pastikan aktiviti ekonomi terus dipelbagaikan supaya negara mampu hadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

* Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit akan alami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh.

* Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan (financial intermediation) dengan aktiviti pinjaman kekal lancar.

* Aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaian kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

- BERNAMA