Wings bakal 'menakluk' bumi Hang Tuah dengan sebuah konsert di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 31 Januari. Lagu-lagu ...

12:36 PM by Unknown

Wings bakal 'menakluk' bumi Hang Tuah dengan sebuah konsert di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 31 Januari. Lagu-lagu baru seperti Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia, Peti Pandora Mu, Raja Segala Duri, Segitiga Piramida dan Penanti akan dimainkan di konsert itu nanti bersama lagu-lagu lama yang sudah sebati dengan peminat tegar Wings.

Wings 'takluk' Melaka 31 Januari, gegar Singapura pada Februari

Tanpa mendapat penaja utama, Wings tetap meneruskan hasrat untuk menemui peminat mereka menerusi konsert biarpun tahu ia merumitkan. Namun kata Joe, pemain gitar Wings, biarpun tiada penaja utama, Wings mahu membuktikan kepada peminat bahawa mereka serius dengan apa yang dilakukan.

"Kalau nak tunggu sponsor, kita tidak akan bergerak ke mana-mana, jadi kita decide untuk bergerak sendiri, konsert perlu diteruskan.

"Nak tunggu sponsor memang susah, kalau tunggu tak tahu bila akan mula, jadi kita gerak, kalau ada sponsor masuk, kita akan umumkan kemudian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Konsert yang dijangka menelan belanja RM500 hingga RM600 ribu itu akan berlangsung selama dua jam setengah dan kali ini Wings akan tampil tanpa pemuzik undangan.

"Kami mahu buat raw macam dulu, hanya kami berempat sahaja, kami yakin peminat boleh terima.

"Konsert ini juga kami gunakan sistem bunyi yang mana sebahagiannya adalah buatan Malaysia," tambah Joe.

Konsert Menakluk Kosmos adalah garapan idea Anggerik Event dengan tiket berharga RM55 dan RM320 (Rockzone).

Untuk tempahan secara online layari www.ticket2U.biz atau hubungi talian 03- 4026 5558 atau layari www.sayap2wings.com.

Selepas beraksi di Melaka, pada 14 Februari, Wings dijadualkan menemui peminat mereka di Singapura dalam sebuah konsert yang dianjurkan bersama Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS) di The Star Performing Arts Centre.

"Untuk Singapura ini diberi nama Wings and Friends, kami ada invite beberapa artis atau kawan-kawan di sana untuk jamming masa konsert.

"Ada dari Sweet Charity, Love Hunters dan Rusty Blade akan bersama-sama kami sebagai tanda terima kasih Wings kepada peminat di Singapura yang menyokong kami dari awal," jelas Joe.

Tiket untuk konsert di Singapura telah mula dijual bermula 9 Januari lalu. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sistic.com.sg.

| Sumber |