Alahai..Tahun ini AF2015 bakal tampil dengan sedikit kelainan dimana para peserta boleh menggunakan laman Instagram untuk menghantar video...

12:06 PM by Unknown

Alahai..Tahun ini AF2015 bakal tampil dengan sedikit kelainan dimana para peserta boleh menggunakan laman Instagram untuk menghantar video uji bakat mereka. Ia bertujuan bagi memudahkan para peserta yang tidak dapat hadir ke lokasi uji bakat tanpa perlu melalui saringan pertama. Ini dinyatakan oleh Ketua Saluran Hibuaran Asro, Azlin Reza Azmi dalam sidang media pengumuman jelajah AF 2015.


"Ideanya adalah peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka menerusi seleksi lagu yang telah disenaraikan dan meletakkan hastag #BakatAF2015 dan #HotlinkAF2015.

"Kelainan yang ditampilkan ini bukan sahaja mengikut peredaran teknologi semasa malah memudahkan mereka yang tidak dapat menghadiri sesi uji bakat," katanya kepada mStar Online.

Beliau juga berkata, 30 peserta terbaik menerusi kaedah itu tetap akan dipanggil untuk menjalani uji bakat bersama barisan juri yang dilantik untuk menilai para peserta.

Bagi anda yang tidak mempunyai akaun Instagram pihak Astro dan Hotlink berkerjasama untuk membuka kaunter  bagi membantu para peserta untuk merakam dan memuat naik video di laman Instagram. Dan Tiga lokasi tersebut adalah di Berjaya Megamall, Kuantan (19 April), Suria Mall, Kota Kinabalu (25 April) dan City One Megamal, Kuching (26 April).

Uji bakat terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 hingga 35 tahun.

Lima orang juri yg dipilih untuk tahuni ini antaranya adalah Datin Marlia Musa, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, Edrie Hashim dan Cikgu Shahrol.

AF 2015 kali ini akan memberikan 8 lagu wajib untuk peserta lelaki iaitu Matahari (Hafiz), Mewangi (Akim & The Majistret), Pencuri (Mark Adam), Pelesit Kota (Anuar Zain), Umpan Jinak Di Air Cincang (Ahmad Jais), Harus Terpisah (Cakra Khan) dan All of Me (John Legend).


Sementara untuk lagu wajib peserta wanita pula ialah Gilalah (Stacy), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Ya Maulai (Datuk Siti Nurhaliza), Madah Berhelah (Ziana Zain), Rindu (Amelina), Hati Ku Tang Kau Sakiti (Rossa) dan Chandelier (Sia).


Dalam pada itu Azlin berkata, para peserta uji bakat dinasihatkan supaya hadir dalam keadaan bersedia bukan sahaja untuk persembahan vokal tetapi elemen lain seperti sahsiah diri, kemahiran komunikasi dan kreativiti perlulah ada pada peserta tersebut.

Jadi..apa tunggu lagi, jangan biarkan bakat terpendam anda berlalu begitu sahaja, tak salah mencuba kan..bak kata pepatah " tuah ayam nampak dikaki, tuah anda siapa yg tahu..x itu :D alahai..tak salah mencuba.

- Sumber mStar