Pengacara Awal Ashaari, 34, yang ditemui ketika  majlis sambutan  tiga dekad majalah Media Hiburan, '30 Living Legends Media Hiburan...

12:33 PM by Unknown

Pengacara Awal Ashaari, 34, yang ditemui ketika majlis sambutan  tiga dekad majalah Media Hiburan, '30 Living Legends Media Hiburan' di Hotel Pullman semalam telah meluahkan dan mendedahkan bahawa beberapa barangan peribadinya hilang termasuk kasut yang dipakainya ketika itu akibat dicuri semasa terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka pada 29 Mac lalu.


"Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.

"Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil.


“Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri,”  katanya kepada mStar Online.


Awal sendiri tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.


Dalam pada itu, Awal berkata dia masih lagi trauma apabila berada di dalam kereta kerana teringat kejadian yang menimpa.


"Malang tidak berbau. Sesiapa sahaja boleh terlibat dengan kemalangan. Jadi kita perlu lebih berhati-hati. Saya juga mengambil pendekatan untuk tidak memandu kereta sports sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya.


So, bagi anda diluar sana berhati-hatilah ketika anda sedang memandu, dan yang paling penting jangan mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain" fikir-fikirkan.


- Sumber mStar