Pengumuman siapa yang bakal menjadi hos baharu untuk rancangan Muzik-Muzik edisi 30 bergandingan dengan AG Hot FM kini terjawab sudah ap...

4:03 PM by Unknown

Pengumuman siapa yang bakal menjadi hos baharu untuk rancangan Muzik-Muzik edisi 30 bergandingan dengan AG Hot FM kini terjawab sudah apabila Fara Fauzana dipilih untuk menerajui dan menjadi hos untuk rancangan tersebut.


Pengumuman itu dilakukan hari ini ketika berlangsungnya rakaman episod pertama yang diadakan di studio C, Sri Pentas. Pengumuman itu sekaligus menamatkan teka teki selama ini.

Sebelum ini rancangan tersebut dihoskan oleh Scha Alyahya sejak dua musim yang lalu.

AG dan Fara juga bukan asing bersama kerana turut mengendalikan segmen AM Krew Hot FM dari pagi Isnin hingga Jumaat.

Fara sebelum ini pernah mengacarakan program Melodi dan Nona yang turut disiarkan di TV3. Muzik Muzik 30 bersiaran setiap Sabtu jam 6 petang.

"Terima kasih TV3 untuk kesempatan ini. Saya dengan AG pun sudah biasa bekerjasama di Hot FM," kata Fara yang pernah diberi mandat mengacarakan Anugerah Juara Lagu selama empat tahun.

| Sumber BH |