Reman empat remaja yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang wanita berusia 52 tahun yang juga isteri kepada anggota polis pada 1...

7:11 PM by Unknown

Reman empat remaja yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang wanita berusia 52 tahun yang juga isteri kepada anggota polis pada 11 Februari lalu di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan di sini, dilanjutkan selama enam hari lagi.

Kesemua suspek yang berusia 15, 16, 17 dan 19 tahun itu sebelum ini direman selama enam hari bermula Khamis lalu, selepas diberkas beberapa jam kejadian berlaku.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa Izaah Abdullah, 52, ditemui mati oleh anak lelakinya di kediaman mereka dalam keadaan tertiarap atas katil dengan kesan tikaman pada leher dan kepala ditutupi bantal serta berlumuran darah.

Polis yang berjaya memberkas kesemua remaja berkenaan di kawasan berhampiran termasuk seorang suspek utama yang juga adalah jiran dikenali mangsa sejak kecil lagi turut menemui semula dua telefon bimbit dan satu tabung duit syiling milik mangsa.

Majistret Haslinda A Raof membenarkan kesemua suspek berkenaan disambung reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

| HarianMetro |