Kuala Lumpur: Berlagak sebagai suami isteri dengan membawa kanak-kanak berusia dua tahun bagi mengaburi penduduk sebelum melakukan maksi...

7:17 PM by Unknown

Kuala Lumpur: Berlagak sebagai suami isteri dengan membawa kanak-kanak berusia dua tahun bagi mengaburi penduduk sebelum melakukan maksiat.

Bagaimanapun, perbuatan sumbang sepasang kekasih itu terbongkar hasil serbuan ahli jawatan kuasa masjid (AJK) Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak bersama anggota polis dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang, lelaki berusia 40-an terbabit ditemui berseluar pendek manakala pasangannya ditemui menyorok sambil memeluk anaknya berusia dua tahun di bahagian dapur.

Menurut sumber, wanita berusia 25 tahun itu berstatus janda dipercayai kerap mengunjungi kondominium disewa lelaki terbabit sejak beberapa bulan lalu.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa kondom milik lelaki terbabit yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat penerbangan,” katanya kepada Harian Metro

| Harian Metro |