Mempertaruhkan kelebihan paparan pinggir (edge), rekaan model Note tersebut ternyata amat berbeza dengan model sebelumnya. Bersama gaya...

10:48 AM by Unknown

Mempertaruhkan kelebihan paparan pinggir (edge), rekaan model Note tersebut ternyata amat berbeza dengan model sebelumnya.

Bersama gaya yanglebih menawan dan memukau peminatnya, Note Edge merupakan revolusi telefon pintar sesuai dengan perkembangan industri tersebut di masa kini yang semakin tepu dan padat.

Jika rata-rata pengeluar telefon pintar lebih tertumpu kepada peningkatkan perisian dan aplikasi, Samsung tampil dengan rekaan yang anggun seperti slot notifikasi di tepi.

Permukaan skrin yang mendatar kemudian melengkung ke bahagian sisi kelihatan agak unik dan pastinya merupakan tarikan utama Note Edge.

Menurut Ketua Pemasaran dan Divisi Telefon Bimbit, Samsung Malaysia Elektronics, Luke Au Kuan Yew, rekaan skrin sehingga ke sisi tersebut adalah untuk menawarkan satu revolusi untuk memudahkan interkasi dan penggunaan aplikasi yang dibekalkan.

“Menerusi kemunculan Note Edge, Samsung telah merubah gaya penggunaan telefon pintar dan membuka satu budaya baharu dalam pemasaran gajet tersebut,” katanya.

Selain daripada keunikan skrin melekung di sisi, Note edge turut dilengkapi bersama teknologi skrin 5.6 inci, Quad+Hd Super AMOLED untuk kelancaran tugasan yang pelbagai.

Dalam pada itu, taruhan Samsung terhadap kadar 16 megapiksel untuk kamera sememangnya suatu yang berbaloi kerana imej yang dirakam oleh Note Edge lebih jelas, terang dan tajam walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Galaxy Note Edge, anda boleh melayari laman web Samsung di www.samsung.com.

| UtusanOnline |