KUALA LUMPUR: Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia dikatakan mempertimbangkan akan menjawab soalan terbesar mengenai kes pembun...

10:41 AM by Unknown

KUALA LUMPUR: Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia dikatakan mempertimbangkan akan menjawab soalan terbesar mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Australia.

Kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh wanita itu?

Memeik laporan Malaysiakini, Sirul akan mendedahkan perkara ini kepada media Austraia yang telah pun memohon sesi soal jaeab dengannya.

Beliau yang ditanya adakah beliau akan mendedahkan mengenai pembunuhan tersebut jika di wawancara dan beliau menjawab, “Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”

Setakat ini dikatakan sudah terdapat beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul yabg masih berada di dalam tahanan pihak imigresen negara tersebut.

" Saya tidak kenal mangsa pembunuhan ataupun Abdul Razak Baginda. " (penganalisis politik)

“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas. Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini Sirul telah mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk “melindungi rancangan mereka”.

Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan ketika keputusan disampaikan kerana berada di Australia. Undang-undang Austalia tidak membenarkan ekstradisi individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal.

| Siakapkeli.com.my |